Friday 23 December 2011

WARKAH TINTA HATI



Sireh berlipat sirih pinang,
Sireh dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

  Di BE Learning 3 kita bersua,
  Saling mengupas isu matematik sini sana,
  Moga ukhwah kekal terbina,
  Erat terjalin bersama Prof Marzita tercinta...







ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA...


Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi idea mengenai isu-isu matematik terutamanya bagi isu "ASSESSMENT" di Malaysia..

Moga kewujudan blog ini sedikit sebanyak dapat membuka minda khususnya warga Malaysia bahawa penaksiran yang dijalankan di Malaysia lebih tertumpukan kepada peperiksaan semata-mata...Oleh itu sama-sama kita mencari solusi dalam mewujudkan generasi yang meliputi semua aspek jasmani, emosi,rohani dan intelektual...


Jutaan terima kasih kepada:




Prof Dr Marzita Bt Puteh

Pensyarah 
SME 3023 Trends and Issues in 
Education For Mathematical Sciences
-UPSI-


Ahli Kumpulan 7B:


AT 16 PENDIDIKAN SAINS (FIZIK)

               Ramlia Rahman D20081032377

Nurul Najwa Daud D20081032379

Nurul Nabiha Yahaya D20081032323

Nur Naimah Zulkifli D20081032361

Nor Dalila Abdul Rahman D20081033647






I Love to be a Teacher

Thursday 22 December 2011

Puisi Usman Awang: Guru oh Guru!

Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa

Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta

Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia

Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara

Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka

Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca .

I Love to be a Teacher

NILAI KECEMERLANGAN AKADEMIK..

DAPAT BERAPA???



Keputusan PMR 2011 sudah berkunjung tiba..Tahniah, adik-adik yang berjaya mencapai straight A dalam PMR..Dan kepada yang kurang bernasib baik, anda bukan tidak cemerlang..bukan tiada rezeki...Usaha dan tawakal...kemudian redha dengan ketentuan...



NAMUN....................

Persoalannya, adakah hasil keputusan yang diperoleh atau bilangan gred A yang diperoleh menggambarkan kefahaman sebenar seorang pelajar tersebut???...Adakah kita dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh di dalam kehidupan kita??...Dan yang paling utama, adakah guru tersebut benar-benar berjaya mendidik anak murid untuk berjaya bukan hanya di dalam kecemerlangan akademik akan tetapi sahsiah dan budi pekrerti..ATAU hanya mengejar jumlah yang pelajar straights A.. .Tepuk dada, tanya diri sendiri..^___^



# imbas kembali..kenangan dulu semasa dapat keputusan PMR 2004..Adakah, ilmu yang diperoleh dah diaplikasi ek???...ermmm..saya juga salah seorang exam-oriented....Harapan, moga diriku tidak mengamalkan budaya tersebut ketika di dalam profesion kelak

I Love to be a Teacher

Saturday 3 December 2011

AHA? JUM CUBA =)









2+2=ikan

3+3=lapan


7+7=segitiga



..........................................................................................


Sila 'COMMENT' jika anda FAHAM dengan persamaan di atas.
Sila 'LIKE' jika anda langsung TAK FAHAM dengan persamaan di atas...
I Love to be a Teacher